Asma Ul-Husna

Thursday, February 9, 2012

Bintulu..=)


...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
... الحمد الله رب العالمين
...اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد وصحبه وسلم
...بسم الله الرحمن الرحيم

Syukur ke hadrat Illahi, hari ni aku dapat bercerita di blog kesayanganku lagi..
Tidak banyak yang ingin aku ceritakan pada hari ini..
Hanyalah sekadar kisah-kisah tentang diriku di waktu lalu..
Masih segar dalam ingatanku..
ketika aku berjumpa emak dan meminta emak agar mencari teman lain untuk menemaninya ke Bintulu.. Permintaanku bukanlah kerana ingin menjadi anak derhaka..namun, sekadar ingin memenuhi hasrat dihati untuk menyertai sebuah pertandingan perniagaan di UUM..

Serba salah aku dibuatnya..memikirkan hal ini..
Bak kata pepatah ditelan mati emak, diludah mati bapa..

Tidak kusangka pula, permintaanku itu rupa-rupanya telah mengguris hati kecil emakku..
Selang 2 hari dari berjumpa emak, aku ditimpa kemalangan..
Lantas ku memohon ampun dari emak...
Walaupun tidak separah mana, namun perit juga untuk aku menghadapinya..
Baru aku tahu, benarlah kata ulama 'syurga itu dibawah kaki emak'...
Aku ikhlaskan diri menjadi manusia yang redha dan akur.
Aku menarik diri dari menyertai pertandingan tersebut.Namun.. kerana keinginanku yang membuak-buak, aku ikuti perkembangan rakan-rakanku yang bertanding di sana.. Sudah semestinya juga, Aku dan emakku akan sentiasa mendoakan kejayaan mereka di sana..amin...

31 Jan-4 Feb 2012...
Aku menaiki kapal terbang ke Bintulu...bersama emak kesayanganku..
Gementar hatiku untuk berjumpa abang yg sekian lama tidak aku temui..
Mungkin gementar itu kerana banyak dosaku kepadanya..

Ketika aku di sana, aku merasa manisnya ukhwah bersama keluarga tercinta..walaupun menghadapi demam dan batuk yang sangat teruk...namun, aku tahu itu semua kaffarah dosa..Pelbagai kenangan manis tersingkap di minda.. Terutamanya tika saat riang bersama keluarga sambil menyaksikan keindahan alam di Pantai Tanjung Batu...
Ya Allah..indahnya ciptaanMu...

Sewaktu hari terakhir,
Sebelum masuk ke pintu pelepasan, hatiku sebak meninggalkan abangku keseorangan.. Alhamdulillah, sempat juga aku meminta maaf darinya..Tiba-tiba, air mataku mengalir perlahan..Namun semasa duduk menunggu penggilan penerbangan..deras pula mengalirnya..Mungkin disebabkan rindu yang telah lama terbuku di lubuk sanubariku..

Sewaktu di dalam pesawat... aku duduk terasing jauh dari emakku.. SubhanALLAH, sekali lagi mataku terpesona melihat alam ciptaanNya...kereta bergerak bagai semut..semakin lama, semakin tidak kelihatan.. langit dan awan bergunung ganang seperti wujud alam lain di angkasa... Tenang mataku menyaksikan sekelompok binatang ternakan yang sedang selera menjamah rumput di sebalik hutan rimba dan ladang kelapa sawit.. sambil aku meneliti pelbagai bentuk muka bumi ciptaanNya yang unik...

Setelah sampai di semenanjung, aku mendapat khabar gembira dari rakan-rakanku yang bertanding..Mereka layak ke pusingan akhir.. Alhamdulillah..=)

Kini.. aku terkesan dengan firmanNya:

" Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

( Surah Al-Baqarah: Ayat 216 )

...والسلام

4 comments:

  1. Alhmdulillah, semuanya telah bjln dn lancar..

    hmm, cam ne kmlngan? teruk ke? ade cedera kat mana2 ke?

    bintulu cam ne? ok?? ade nmpk SMK Bintulu x? sklh tepi jln yg ade jejantas? haa, tu lah sklh kite dulu.. rmh2 flat kat sblh sklh tu prnh mnjati rmh tmpat kami sekeluarga berlindung dulu.. (saje nak promote)hehehe.. dh 6 thn tgglkn tanah Bintulu, tntu dh byk perubahan di sana.. huhu..

    ReplyDelete
  2. Terimakasih informasi nya gan, sangat bermanfaat :)
    nice post :)
    ditunggu kunjungan baliknya yaah ,

    ReplyDelete
  3. Terimakasih informasi nya gan, sangat bermanfaat :)
    nice post :)
    ditunggu kunjungan baliknya yaah ,

    ReplyDelete