Asma Ul-Husna

Tuesday, December 29, 2009

Yok belajar buat piza =)

Senarai bahan-bahan membuat piza

Doh piza:

  • -250 gram tepung gandum(diayak)
  • -2 sudu membukit susu tepung
  • -2 sudu membukit gula pasir
  • -2 sudu membukit mentega
  • -secukup rasa garam
  • -22 gram yis ibu roti(mauripan)
  • -air suam secukupnya

Inti daging:

  • -1 tin tomato puri
  • -250 gram daging burger(dihancurkan)
  • -garam secukupnya
  • -gula secukupnya
  • -1/4 kiub pati ayam
  • -1/2 bawang besar
  • -1 bawang putih

Inti sardine:

  • -1 tin sardine(dihancurkan)
  • *kalau nak pekat asingkan kuah, ambil Ikan sahaja.
  • -1/2 botol mayonis

Hiasan piza:

  • -2 sudu sos cili
  • -2 sudu sos tomato
  • -keju slide
  • -tomato
  • -lada benggala
  • -cili
  • -cendawan
  • -sosej
  • -nanas
  • *potong dadu atau ikut cita rasa sendiri


Cara-cara membuat:

Doh piza-

1.Panaskan ketuhar 180 darjah celcius, dengan menggunakan api atas dan bawah selama satu jam.

2.Ayak tepung, masukkan gula, garam, gula, susu tepung, yis ibu roti.

3.Sebatikan, kemudian masukkan mentega dan ramas sehingga rata.

4.Masukkan air suam sedikit demi sedikit dan kacau sehingga menjadi doh.

5.Uli sehingga lembut.

6.Tutup dengan kain bersih yang lembap.

7.Panaskan di depan ketuhar yang terbuka.

8. Buatlah inti piza, potong dan sediakan hiasan piza terlebih dahulu sementara menunggu doh naik.

9.Setelah 1/2 jam, saiz doh akan naik 2 kali ganda, kemudian tumbuk sekali.

10.Sapu mentega di atas loyang ataupun dulang.

11.Setelah saiz doh kembali asal, penyekkan doh di atas dulang ataupun loyang.

12.Cucuk-cucuk doh dengan garfu agar terdapat ruang udara bagi doh mengembang ketika dipanaskan.

13.Sapu sos cili dan sos tomato sehingga rata.

14.Kemudian pilih dan sapu inti yang diminati dengan rata.

15.Hiaskan dengan hiasan piza dan bakar selama 15 minit.


Inti daging-

1.Tumis bawang besar dan putih sehingga kekuningan.

2.Masukkan tomato puri, pati ayam, daging burger, gula dan garam secukupnya.


Inti sardin-

1.Campurkan sardine yang telah dihancurkan dengan mayonis.

2.Gaul sehingga rata.

No comments:

Post a Comment