Asma Ul-Husna

Thursday, April 28, 2011

Kehebatan Surah Al-Ikhlas


A'uzubillahi minashsyaitanirrajim...Bismillahirrahmanirrahim...

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad..
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan
ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut.. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:
‘Barang siapa membaca Qul huwa’llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyerulah dari pihak
Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemerdekaan
Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah
pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad
satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita
sehari.

Sabda Rasulullah S…A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul
Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara
Kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat. Kemudiannya
Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya
itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali
ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah
Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus
Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di
sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke
jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.

( ^ _ ^ )

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini
kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW ‘Sampaikanlah pesananku
walaupun satu ayat’. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya
3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Thursday, July 29, 2010

Because he is a 'Muslim'..

Saudaraku..
Mari kita fikirkan tentang hak kita sebagai umat Islam di dunia kini..
Dimanakah keadilan yang sepatutnya menjadi hak milik kita semua?
Marilah kita bersama-sama berdoa agar Islam terbela di muka bumi ini..
-amin-











Wednesday, March 10, 2010

My Friend Says:


Orang yang berjaya bukanlah orang yang tidak pernah gagal, tetapi mereka adalah orang yang mampu bangkit kembali dari kegagalannya hingga mampu mencapai keberhasilan.Orang yang berjaya dalam hidupnya bukan orang tanpa kekurangan tapi dia gigih memperbaiki diri.Orang yang berjaya tidak akan menganggap remeh sesuatu termasuk dosa sekecil apapun.Orang yang berjaya adalah mereka yang berhasil mendapatkan petolongan Allah dari setiap urusannya.Kejayaan hanya dapat dicapai apabila ada rintangan, kegagalan hanya dapat terjadi jika kita berhenti berusaha dan berputus asa. Tidak ada putus asa dalam Islam.Kejayaan yang hakiki hanya dimiliki oleh orang-orang yang kembali kepada Allah dengan husnul khatimah.Semoga Allah menjadikan kita orang-orang yang berjaya dalam ertikata sebenarnya. Amiin.

Jangan biarkan diri kita hidup sendiri.. Nanti hidup kita umpama tidak berkemudi.. Carilah insan yg dapat membimbing hati.. Agar hati terjaga hingga kita bertemu ilahi.. Hati itu kunci diri.. Sempurna ia sempurnalah diri.. Rosaklah ia binasalah diri.. Hanya Iman dan taqwa pencuci hati.. Agar diri sentiase bercahaya ketika menemui ilahi.. Hati adalah seketul daging dalam diri.. Terciptanya rapuh akan nafsu duniawi.. Kuatkn lah ia dgn mengingati ilahi.. Sinarilah ia dgn tangisan taubat terhadap ilahi.. Lembutkan lah ia dgn membaca al-Quranul karim.. Agar ia sentiasa teguh dan tetap di jalan ilahi... "

Tuesday, December 29, 2009

Yok belajar buat piza =)

Senarai bahan-bahan membuat piza

Doh piza:

  • -250 gram tepung gandum(diayak)
  • -2 sudu membukit susu tepung
  • -2 sudu membukit gula pasir
  • -2 sudu membukit mentega
  • -secukup rasa garam
  • -22 gram yis ibu roti(mauripan)
  • -air suam secukupnya

Inti daging:

  • -1 tin tomato puri
  • -250 gram daging burger(dihancurkan)
  • -garam secukupnya
  • -gula secukupnya
  • -1/4 kiub pati ayam
  • -1/2 bawang besar
  • -1 bawang putih

Inti sardine:

  • -1 tin sardine(dihancurkan)
  • *kalau nak pekat asingkan kuah, ambil Ikan sahaja.
  • -1/2 botol mayonis

Hiasan piza:

  • -2 sudu sos cili
  • -2 sudu sos tomato
  • -keju slide
  • -tomato
  • -lada benggala
  • -cili
  • -cendawan
  • -sosej
  • -nanas
  • *potong dadu atau ikut cita rasa sendiri


Cara-cara membuat:

Doh piza-

1.Panaskan ketuhar 180 darjah celcius, dengan menggunakan api atas dan bawah selama satu jam.

2.Ayak tepung, masukkan gula, garam, gula, susu tepung, yis ibu roti.

3.Sebatikan, kemudian masukkan mentega dan ramas sehingga rata.

4.Masukkan air suam sedikit demi sedikit dan kacau sehingga menjadi doh.

5.Uli sehingga lembut.

6.Tutup dengan kain bersih yang lembap.

7.Panaskan di depan ketuhar yang terbuka.

8. Buatlah inti piza, potong dan sediakan hiasan piza terlebih dahulu sementara menunggu doh naik.

9.Setelah 1/2 jam, saiz doh akan naik 2 kali ganda, kemudian tumbuk sekali.

10.Sapu mentega di atas loyang ataupun dulang.

11.Setelah saiz doh kembali asal, penyekkan doh di atas dulang ataupun loyang.

12.Cucuk-cucuk doh dengan garfu agar terdapat ruang udara bagi doh mengembang ketika dipanaskan.

13.Sapu sos cili dan sos tomato sehingga rata.

14.Kemudian pilih dan sapu inti yang diminati dengan rata.

15.Hiaskan dengan hiasan piza dan bakar selama 15 minit.


Inti daging-

1.Tumis bawang besar dan putih sehingga kekuningan.

2.Masukkan tomato puri, pati ayam, daging burger, gula dan garam secukupnya.


Inti sardin-

1.Campurkan sardine yang telah dihancurkan dengan mayonis.

2.Gaul sehingga rata.

Friday, August 28, 2009


Wahai Saudara Islam Ku
Anak ini mencuba untuk menyelamatkan Ibu nya
yang dalam keadaan kritikal
Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibu nya
sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Bagaimana kah perasaan anak ini dan apakah keadilan
yang diharapkan akan membuka mata dunia?

Renungkanlah..fikirkanlah..doalah....
"Ya Allah....... .
Bantulah orang-orang Islam di Palestin, Malaysia, dan di seluruh dunia..
Ya Allah....
bantulah kami dalam menegakkan syiar agama-Mu, Islam..
Ya Allah...
Ikhlaskanlah hati-hati kami dalam beramal kepada-Mu...
Ya Allah..
Satukanlah hati-hati kami...
Ya Allah...
Sesungguhnya Kau lah satu-satunya tempat kami mengadu
dan memohon pertolongan...Amin. ..Ya Rabbal 'Alamin..."



Thursday, August 27, 2009

Buku yang BAHAYA!!

Wana'uzubillahiminzalik..
Sahabat saya mendapat buku ini daripada seorang rakan pada hari ini (Jumaat 8/9/2006). Apa yang mengejutkan ialah buku ini bukan sekadar buku komik bergambar untuk bacaan kanak-kanak. Apa yang jelas dalam buku ini adalah bercanggah dengan akidah kita sebagai umat Islam. Buku ini telah diedarkan oleh pihak tertentu di sekitar Bukit Bintang, di mana teman saya memperolehinya secara tidak sengaja (diedarkan dalam raga motorsikal). Apa yang membimbangkan kita ialah sasaran buku-buku ini diedarkan adalah untuk kanak-kanak.Jadi, ketahui sumber-sumber bacaan anak-anak anda.


Pendayung Sampan?

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.

Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam.
Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.


Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian.
Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian

digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di
dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat

kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu
mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia

berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."



"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata
Professor itu.


Pendayung sampan itu akur dan mula
memusingkan sampannya ke arah pantai... Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan..


"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya
Professor itu.

"Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu
dgn ringkas.

"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya".


"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari
mendayung sampan?" Tanya Professor itu.


Pendayung sampan itu
hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu

bertanya lagi, "Kamu
tahu geografi?"


Pendayung sampan itu menggelengkan
kepala.

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari
usia kamu."

Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?"


Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.


"Kasihan.
Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu

masih lagi bertanya..

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75
peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pednayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya mendiamkan diri saja.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun.Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu

dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula

pendayung sampan itu bertanya,


"Kamu tahu berenang?"

Professor itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.


Morale of the Story:


Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.

Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?

Hikmat Inspirasi:

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.

Usaha sempurna adalah kemenangan
..

" Allah beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Allah juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manfaatkan"